Perang Jamal


Perang Jamal
atau Perang Unta berlaku pada 11 Jamadilakhir 36H atau Disember 657M yang mengambil masa tidak sampai sehari. Kemenangan berpihak kepada Khalifah Ali. Peperangan tersebut berlaku Ali menggantikan semua pegawai kerajaan yang merupakan keluarga Uthman bin Affan iaitu Bani Umaiyyah kepada mereka yang cekap dan adil. Ali yang dikenal dengan keadilannya juga mencabut undang-undang yang diskriminatif dan memutuskan untuk membatalkan segala konsesi yang sebelumnya diberikan kepada orang-orang Muhajirin dan menyamaratakan hak umat atas kekayaan baitul mal. Disamping itu, pihak keluarga Bani Umaiyyah menggunakan alasan kemangkatan Khalifah Uthman sebagai alasan untuk menentang pemerintahan Ali.

Hal tersebut mendapat tentangan dari orang yang selama bertahun-tahun menikmati keistimewaan yang dibuat oleh khalifah sebelumnya. Ketidakpuasan itu kian meningkat sampai akhirnya mendorong sekelompok orang untuk menyusun kekuatan untuk melawan beliau. Thalhah, Zubair dan Aisyah berhasil mngumpulkan pasukan yang cukup besar di Basrah untuk bertempur melawan khalifah Ali bin Abi Thalib.

Mendengar adanya pemberontakan itu, Ali turut mengerahkan pasukannya. Kedua pasukan saling berhadapan. Ali terus berusaha membujuk Thalhah dan Zubair agar mengurungkan rencana berperang. Beliau mengingatkan keduanya akan hari-hari manis saat bersama Rasulullah S.A.W dan berperang melawan pasukan kafir.

Walaupun ada riwayat yang menyebutkan bahawa imbauan Ali itu tidak berhasil menyedarkan kedua sahabat Nabi itu, tetapi sebahagian sejarawan menceritakan bahawa ketika Thalhah dan Zubair mendengar teguran Ali, bergegas meninggalkan medan perang.

Perang tak dapat dihindarkan. Ribuan nyawa melayang sia-sia, hanya kerana ketidakpuasan hati sebahagian orang terhadap keadilan yang ditegakkan oleh Ali. Pasukan Ali berhasil mengalahkan pasukan yang dikepalai Aisyah, yang ketika itu menunggang unta. Perang Jamal atau Perang Unta berakhir setelah unta yang dinaiki oleh Aisyah tertusuk tombak dan jatuh terkapar.

Sebagai khalifah yang bijak, Ali memaafkan mereka yang sebelum ini menghunus pedang untuk memeranginya. Aisyah juga dikirim kembali ke Madinah dengan dikawal oleh sepasukan wanita bersenjata lengkap. Fitnah pertama yang terjadi pada masa kekhalifahan Ali berjaya dipadamkan. Namun masih ada kelompok-kelompok lain yang menghunus pedang melawan Ali yang oleh Rasulullah SAW disebut sebagai poros kebenaran.

Hussein bin Ali


Saidina Hussein ibn Ali ibn Abu Talib
(lahir pada 8 Januari 626 – meninggal dunia 10 Oktober 680) merupakan cucu baginda Rasulullah S.A.W. Beliau adalah anak hasil dari perkongsian hidup antara Saidina Ali & Saidatina Fatimah(anak baginda).

Beliau merupakan seorang pemuda yang berpegang kepada prinsip. Malangnya, beliau mati dibunuh di Karbala ketika dalam perjalanan ke Kufah oleh tentera Bani Ummaiyyah.

Beliau adalah cucu baginda, iaitu Nabi Muhammad saw, dilahirkan di Mekah pada tahun 570M atau 571M, dan wafat di Madinah pada 632M.

Beliau adalah anak kepada Imam ke-4 selepas Uthman bin Affan terbunuh pada 656M, Ali Abi Talib, dilahirkan pada 599M, di Mekah atau Madinah.

Nisabnya ialah Hussein ibn Ali ibn Abu Talib ibn Abdul Muttalib bin Hashim bin Abd Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah al-Hashimi.

Beliau dilahirkan pada 1 Mac 625 Masihi, di Mekah.

Yazid bin Muawiyah

Yazid bin Muawiyah atau Yazid I (645-683) ialah khalifah kedua Kerajaan Bani Ummaiyyah selepas mengantikan ayahandanya Khalifah Muawiyah. Dia meninggal dunia secara mengejut pada tahun 683 selepas hanya tiga tahun memerintah.

Menjadi Khalifah

Khalifah Muawiyah memutuskan penggantinya ialah anaknya sendiri iaitu Yazid. Keputusan ini mendatangkan bantahan daripada ramai orang. Namun penentangan ini hanya berlaku selepas Khalifah Muawiyah wafat.

Penentangan

Yazid pertama sekali ditentang oleh cucu Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Saidina Hussein yang juga merupakan anak khalifah terakhir Khulafa al-Rasyidin, Saidina Ali Abi Talib. Namun demikian semasa di Karbala, Iraq, pertempuran berlaku yang menyaksikan kematian Saidina Hussein. Golongan Syiah mengingati peristiwa pada setiap tahun iaitu pada 10 Muharram dengan berdukacita.

Selepas itu berlaku lagi beberapa penentangan di empayar Islam tetapi kesemuanya gagal.

Antara peristiwa hitam yang terjadi semasa pemerintahan Yazid adalah serangannya ke atas kota Madinah yang mana menyebabkan ramai golongan para penentang yang terdiri daripada para sahabat, para anak sahabat dan golongan tabi’in terkorban syahid. Kubur para syuhada ini masih dapat dilihat di Tanah Perkuburan Baqi’ di Madinah. Kubur para syuhada ini dipanggil Syuhada Al Hararah As-Syarqiyyah.

Penentangan di Semenanjung Arab

Kebanyakan orang Arab yang kebiasaannya memilih khalifah berasaskan perbincangan menentang perlantikan Yazid sebagai khalifah. Abdullah ibn Zubair melantik dirinya sendiri menjadi khalifah dan melancarkan penentangan di Hijaz. Yazid menghantar tentera untuk menentangnya pada tahun 683. Madinah ditawan dan Makkah dikepung. Semasa pengepungan itu Kaabah mengalami kerosakan. Kepungan itu berakhir selepas Yazid meninggal dunia secara mengejut pada tahun 683. Tempat perkuburan Yazid tidak diketahui.

Legenda

Yazid walaupun mencetuskan banyak kontroversi dan penentangan semasa pemerintahannya banyak memperbaharui sistem pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Dia meneruskan kebanyakan daripada polisi ayahnya. Beliau juga meningkatkan sistem pengairan pertanian di gurun sekitar Damsyik. Anaknya, Muawiyah II menggantikannya sebagai khalifah.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s