Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

 

Sahabat yang dirahmati Allah,

Allah S.W.T.  memerintahkan kepada semua manusia untuk selalu bersikap adil dalam semua keadaan, baik yang berhubungan dengan hak-Nya maupun hak-hak sesama manusia, iaitu dengan mengikuti ketentuan syariat Allah S.W.T.  dalam semua itu, kerana Dia mensyariatkan agamanya di atas keadilan yang sempurna.

 

Allah S.W.T. berfirman,

 

{إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ}

 

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran”

(Surah an-Nahl ayat 90).

 

Termasuk dalam hal ini, sikap adil di dalam berpoligami, iaitu tidak berat sebelah dalam mencukupi keperluan para isteri dalam hal makanan, pakaian, tempat tinggal dan bermalam bersama mereka. Dan ini tidak bererti harus adil dalam segala sesuatu, sampai dalam hal yang sekecil-kecilnya, yang ini jelas di luar kemampuan manusia.

 

Sebab timbulnya kesalahpahaman dalam masalah ini, di antaranya kerana hawa nafsu dan ketidak fahaman terhadap agama  firman Allah S.W.T.

 

{وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ}

 

Maksudnya : “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil diantara istri-istri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan kamu biarkan yang lain terkatung-katung” (Surah an-Nisa’ ayat 129).

 

Marilah kita lihat bagaimana para ulama Ahlus sunnah memahami firman Allah yang mulia ini.

 

Imam asy-Syafi’i berkata, “Sebagian dari para ulama ahli tafsir (menjelaskan makna firman Allah Ta’ala): “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil diantara istri-istri(mu)…”, (ertinya: berlaku adil) dalam perasaan yang ada dalam hati (rasa cinta dan kecenderungan hati), kerana  Allah S.W.T.  mengampuni bagi hamba-hamaba-Nya terhadap apa yang terdapat dalam hati mereka. “…kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai)…” ertinya: janganlah kamu memperturutkan keinginan hawa nafsumu dengan melakukan perbuatan (yang menyimpang dari syariat). Dan penafsiran ini sangat sesuai dan tepat. Wallahu a’lam”

 

Dalam hadis Rasulullah S.A.W.  (yang shahih) menunjukkan bahawa yang dimaksud dengan adil dalam poligami adalah menyamakan semua isteri dalam keperluan mereka dengan pemberian yang layak bagi masing-masing dari mereka. Jika seorang suami telah menunaikan bagi masing-masing dari para isterinya keperluan mereka yang berupa pakaian, nafkah  dan bermalam dengannya secara layak dan bergilir-gilir, maka dia tidak berdosa dengan apa yang melebihi semua itu, berupa kecenderungan dalam hati, atau memberi hadiah kepada salah satu dari mereka…

 

Oleh kerana itulah, Rasulullah S.A.W. berkata (dalam doa baginda), “Ya Allah, inilah pembagianku (terhadap istri-istriku) yang aku mampu (lakukan), maka janganlah Engkau mencelakanku dalam perkara yang Engkau miliki dan tidak aku miliki” Kemudian Allah melarang “kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai)”,

 

Imam Mujahid berkata, “ Janganlah kamu sengaja berbuat buruk (aniaya terhadap istri-istrimu), akan tetapi tetaplah berlaku adil dalam pembagian (giliran) dan memberi nafkah (keperluan hidup) kerana ini termsuk perkara yang mampu dilakukan manusia”

 

Imam Ibnu Katsir berkata, “maksud ayat di atas : “Wahai manusia, kamu sekali-kali tidak akan dapat bersikap adil (menyamakan) di antara para istrimu dalam semua segi, karena meskipun kamu membagi giliran mereka secara lahir semalam-semalam, (akan tetapi) mesti ada perbedaan dalam kecintaan (dalam hati), keinginan syahwat dan hubungan intim.” Sebagaimana keterangan Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma.

 

Sahabat yang dimuliakan,

Cemburu adalah fitrah dan tabiat yang mesti ada dalam diri manusia, yang pada asalnya tidak tercela, selama tidak melampaui batas. Maka dalam hal ini, wajib bagi seorang muslim, terutama bagi seorang wanita muslimah yang dipoligami, untuk mengendalikan kecemburuannya. Kerana cemburu yang melampaui batas boleh menjerumuskan seseorang ke dalam pelanggaran syariat Allah, seperti berburuk sangka, dusta, mencela, atau bahkan kekafiran, iaitu jika kecemburuan tersebut menyebabkannya membenci ketentuan hukum yang Allah syariatkan.

 

Allah S.W.T.  berfirman,

 

{ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنزلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ}

 

Maksudnya : “Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada ketentuan (syariat) yang diturunkan Allah sehingga Allah membinasakan amal-amal mereka” (Surah  Muhammad ayat 9).

 

Demikian pula perlu diingatkan bagi kaum lelaki untuk lebih bijaksana dalam menghadapi kecemburuan para wanita, kerana hal ini juga terjadi pada diri wanita-wanita terbaik dalam Islam, iaitu para isetri Rasulullah S.A.W. Dan baginda menghadapi semua itu dengan sabar dan bijaksana, serta menyelesaikannya dengan cara yang baik.

 

Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata, “Asal sifat cemburu adalah merupakan watak bawaan bagi wanita, akan tetapi jika kecemburuan tersebut melampuai batas dalam hal ini sehingga melebihi (batas yang wajar), maka itulah yang tercela.

 

Terdapar sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Atik al-Anshari radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesunguhnya di antara sifat cemburu ada yang dicintai oleh Allah dan ada yang dibenci-Nya. Adapun kecemburuan yang dicintai-Nya adalah al-ghirah (kecemburuan) terhadap keburukan. Sedangkan kecemburuan yang dibenci-Nya adalah kecemburuan terhadap (perkara) yang bukan keburukan”

 

Sebab-sebab yang mendorong timbulnya cemburu yang tercela (kerana melampaui batas) adalah:

 

1. Lemahnya iman dan lalai dari mengingat Allah S.W.T.

 

2. Bisikan dan godaan syaitan.

 

3. Hati yang berpenyakit

 

4. Ketidak-adilan suami dalam memperlakukan dan menunaikan hak sebagian dari isteri-isterinya.

 

5. Isteri hanya ikut emosi dan tidak berpandukan akal yang waras.

 

6. Suami suka menyebutkan kelebihan dan kebaikan seorang isterinya di hadapan isterinya yang lain.

 

Cara-cara untuk mengatasi kecemburuan ini adalah:

 

1. Bertakwa kepada Allah S.W.T.

 

2. Mengingat dan memperhitungkan pahala yang besar bagi wanita yang bersabar dalam mengendalikan dan mengarahkan kecemburuannya sesuai dengan batasan-batasan yang dibolehkan dalam syariat.

 

3. Menjauhi pergaulan yang buruk dan hasutan orang lain

 

4. Bersangka baik kepada suami dan madunya yang lain

 

5. Bersikap qana’ah (menerima segala ketentuan Allah S.W.T. dengan lapang dada).

 

6. Selalu mengingat kematian dan hari akhirat, hidup ini hanya sementara dan tidak perlu direbut hak-hak yang kecil di dunia ini.

 

7. Berdoa kepada Allah agar Dia menghilangkan kecemburuan tersebut.

 

Nasihat untuk suami dan isteri-isteri yang berpoligami.

 

1. Nasehat untuk suami yang berpoligami

 

– Bersikap adillah terhadap isteri-isterimu dan hendaklah selalu bersikap adil dalam semua masalah, sampai pun dalam masalah yang tidak wajib hukumnya. Janganlah kamu bersikap berat sebelah terhadap salah satu dari isteri-isterimu.

 

– Berlaku adillah terhadap semua anakmu dari semua isterimu. Usahakanlah untuk selalu mendekatkan hati mereka, misalnya dengan menganjurkan isteri untuk menyusui anak dari isteri yang lain. Jelaskanlah kepada mereka bahawa mereka semua adalah saudara. Jangan biarkan ada peluang bagi syaitan untuk merusak hubungan mereka.

 

– Sering-seringlah memuji dan menyebutkan kelebihan semua isteri, dan tanamkanlah kepada mereka keyakinan bahawa tidak ada kecintaan dan kasih sayang yang abadi  kecuali dengan mentaati Allah S.W.T. dan mencari keredaan suami.

 

– Janganlah menceritakan ucapan salah seorang dari mereka kepada yang lain. Janganlah menceritakan sesuatu yang bersifat rahsia, kerana rahsia itu akan cepat tersebar dan disampaikannya kepada isteri yang lain, atau dia akan membanggakan diri bahawa dia mengetahui rahsia suami yang tidak diketahui isteri-isteri yang lain.

 

– Janganlah kamu memuji salah seorang dari mereka, baik dalam hal kecantikan, kepandaian memasak, atau akhlak, di hadapan isteri yang lain. Kerana ini semua akan merusak suasana dan menambah permusuhan serta kebencian di antara mereka, kecuali jika ada pertimbangan masaalah atau kebaikan yang diharapkan.

 

– Janganlah kamu mendengarkan ucapan salah seorang dari mereka tentang isteri yang lain, dan tegurlah dan laranglah perbuatan tersebut, supaya mereka tidak terbiasa saling memburuk-burukkan di antara satu sama yang lain.

 

2. Nasihat untuk isteri pertama :

 

– Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah, dan ketahuilah bahawa sikap menentang dan tidak menerima akan membahayakan bagi agama dan kehidupanmu.

 

– Terimalah semua kekuranganmu yang diingatkan oleh suamimu. Kerana boleh jadi itu merupakan sebab dia berpoligami. Kalau kekurangan-kekurangan tersebut berhasil kamu atasi maka bersyukurlah kepada Allah S.W.T. atas petunjuk-Nya.

 

– Berikanlah perhatian besar kepada suamimu dan sering-seringlah memujinya, baik di hadapan atau di belakangnya, terutama di hadapan keluargamu atau teman-temanmu, kerana ini termasuk hal yang boleh memperbaiki hati dan lisanmu, serta menyebabkan keredaan suami padamu. Dengan itu kamu akan menjadi contoh tauladan yang baik bagi para wanita yang menentang dan mengingkari syariat poligami, atau mereka yang merasa disakiti ketika suaminya berpoligami.

 

– Janganlah kamu mendengarkan ucapan orang jahil yang punya niat buruk dan ingin menimbulkan permusuhan antara kamu dengan suamimu, atau dengan madumu. Janganlah kamu mudah menyimpulkan sesuatu yang kamu dengar sebelum kamu meneliti kebenaran berita tersebut.

 

– Janganlah kamu menanamkan kebencian dan permusuhan di hati anak-anakmu kepada isteri-isteri suamimu dan anak-anak mereka, kerana mereka adalah saudara  anak-anakmu. Ingatlah bahawa tipu daya yang buruk hanya akan menimpa pelakunya.

 

– Jangalah kamu merubah sikap dan perlakuanmu terhadap suamimu. Janganlah biarkan dirimu menjadi bahan permainan syaitan, serta mintalah pertolongan dan berdolah kepada Allah S.W.T.  agar Dia menguatkan keimanan dan kecintaan dalam hatimu.

 

3. Nasihat untuk isteri yang baru dikahwini :

 

– Ketahuilah bahwa kerelaanmu di kawini oleh seorang yang telah beristeri adalah kebaikan yang besar dan menunjukkan kuatnya iman dan takwa dalam hatimu, insya Allah. Fahamilah ini semua dan harapkanlah ganjaran pahala dari Allah S.W.T. atas semua itu.

 

– Gunakanlah waktu luangmu ketika suamimu berada di rumah isterinya yang lain dengan membaca al-Quran, mendengarkan ceramah-ceramah agama yang bermanfaat, dan membaca buku-buku yang berfaedah, atau gunakanlah untuk membersihkan rumah dan merawat diri.

 

– Jadilah engkau sebagai daie (penyeru) manusia ke jalan Allah S.W.T.  dalam hukum-Nya yang mulia ini. Fahamkanlah mereka tentang hikmah-Nya yang agung dalam syariat poligami ini. Janganlah engkau menjadi penghalang bagi para wanita untuk menerima syariat poligami ini.

 

– Janganlah bersikap enggan untuk membantu atau mengasuh isteri-isteri suami dan anak-anak mereka jika mereka memerlukankan pertolonganmu. Kerana perbuatan baikmu kepada mereka bernilai pahala yang agung di sisi Allah dan menjadikan suami reda kepadamu, serta akan menumbuhkan kasih sayang di antara kamu dan mereka.

 

– Janganlah kamu ceritakan kekurangan dan keburukan suami dan madu yang lain. Jangan  menceritakan kepada orang lain bahwa suami berpoligami kerana tidak menyukai isterinya yang pertama, kerana ini semua termasuk perangkap syaitan.

 

– Jangan kamu berusaha menimbulkan permusuhan antara suami dengan isterinya yang lain, agar dia semakin sayang padamu. Kerana ini adalah perbuatan namiimah (mengadu domba) yang merupakan dosa besar. Berusahalah untuk selalu mengalah kepadanya, kerana ini akan mendatangkan kebaikan yang besar bagi dirimu.

 

Sahabat yang dikasihi,

Demikianlah keterangan tentang poligami yang menunjukkan sempurnanya keadilan dan hikmah dari hukum-hukum Allah S.W.T. Semoga ini semua menjadikan kita semakin yakin akan keindahan dan kebaikan agama Islam, kerana ditetapkan oleh Allah S.W.T. yang Maha Sempurna semua sifat-sifat-Nya. Oleh itu marilah kita sama-sama mendidik diri kita untuk sentiasa taat kepada Allah S.W.T. dan menjauhi segala larangan-Nya. Berpoligami boleh mendatangkan kebaikan dan pahala yang besar disisi Allah S.W.T. tetapi poligami boleh juga boleh menjerat suami kepada dosa dan boleh mengheret isteri kepada derhaka kepada suami. Justeru itu tepuk dada dan tanya iman kita dimana kedudukan kita semua?

About elfioemar

Konselor dan guru ICT

2 responses »

  1. lukmanromadhoni mengatakan:

    Asslmkm…wrwb

    Poligami memang tercantum dalam Alqur’an dan Hadist, dicontohkan juga oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat (hukumnya mubah (boleh), bukan sunnah apalagi wajib)

    Tapi…ROSUL JUGA MEMBERI CONTOH MELARANG POLIGAMI, ketika melarang Fatimah RA dipoligami saat Ali Bin Abi Tholib hendak menikah lagi, mungkin beliau tahu walaupun sesuai syariat, poligami bisa membuat wanita tersakiti, sehingga beliau tidak rela putrinya dipoligami. Wallohua’lam
    Dan……

    Berdasarkan sensus penduduk 2000 dan 2010 ternyata justru JUMLAH PRIA DI INDONESIA LEBIH BANYAK DARI WANITANYA.

    “laki2 jaman sekarang biasanya mati2an menentang atau berusaha menutup2i fakta ini dengan berbagai alasan dan dalih”

    Begitu juga dengan data negara2 di dunia (CIA, Bank Dunia, PBB, dll) ternyata jumlah pria juga lebih banyak dari wanitanya (terutama untuk China, India, dan negara-negara Arab)

    Yup jumlah wanita memang sangat melimpah tapi di usia di atas 65 tahun, mauu?? hehe….kalo ngebet, silakan poligami dengan golongan wanita usia ini.

    Cek di data resmi BPS dan masing2 pemda atau coba klik di:
    http://sosbud.kompasiana.com/2013/06/11/poligami-meningkat-bujang-lapuk-menggugat–567796.html
    http://sp2010.bps.go.id/index.php/site/tabel?tid=263&wid=0
    http://www.bps.go.id/tab_sub/view.php?tabel=1&daftar=1&id_subyek=12&notab=4
    http://statistik.ptkpt.net/_a.php?_a=penduduk_ratio&info1=4
    http://sp2010.bps.go.id/index.php/site/tabel?tid=321
    http://www.datastatistik-indonesia.com/portal/index.php?option=com_content&task=view&id=211&Itemid=211&limit=1&limitstart=2
    Kira2 apa ya solusi dari kelebihan pria ini?
    masih tetap POLIGAMI? Hanya akan semakin “merampas” kesempatan bujangan pria lain untuk dapat menikah
    perkiraan dan kepercayaan selama ini “turun temurun” yang selalu jadi senjata bagi pria yang ngebet ingin berpoligami bahwa jumlah wanita jauh berlipat lipat di atas pria ternyata SALAH BESAR

    Hasil Sensus Penduduk 2010 berdasar jenis kelamin perpropinsi
    Kode, Provinsi, Laki-laki, Perempuan, Total Penduduk
    1 Aceh, 2 248 952, 2 245 458, 4 494 410
    2 Sumatera Utara, 6 483 354, 6 498 850, 12 982 204
    3 Sumatera Barat, 2 404 377, 2 442 532, 4 846 909
    4 Riau, 2 853 168, 2 685 199, 5 538 367
    5 Jambi, 1 581 110, 1 511 155, 3 092 265
    6 Sumatera Selatan, 3 792 647, 3 657 747, 7 450 394
    7 Bengkulu, 877 159, 838 359, 1 715 518
    8 Lampung, 3 916 622, 3 691 783, 7 608 405
    9 Bangka Belitung , 635 094, 588 202, 1 223 296
    10 Kepulauan Riau, 862 144, 817 019, 1 679 163
    11 DKI Jakarta, 4 870 938, 4 736 849, 9 607 787
    12 Jawa Barat, 21 907 040, 21 146 692, 43 053 732
    13 Jawa Tengah, 16 091 112, 16 291 545, 32 382 657
    14 DI Yogyakarta, 1 708 910, 1 748 581, 3 457 491
    15 Jawa Timur, 18 503 516, 18 973 241, 37 476 757
    16 Banten, 5 439 148, 5 193 018, 10 632 166
    17 Bali, 1 961 348, 1 929 409, 3 890 757
    18 Nusa Tenggara Barat, 2 183 646, 2 316 566, 4 500 212
    19 Nusa Tenggara Timur, 2 326 487, 2 357 340, 4 683 827
    20 Kalimantan Barat, 2 246 903, 2 149 080, 4 395 983
    21 Kalimantan Tengah, 1 153 743, 1 058 346, 2 212 089
    22 Kalimantan Selatan, 1 836 210, 1 790 406, 3 626 616
    23 Kalimantan Timur, 1 871 690, 1 681 453, 3 553 143
    24 Sulawesi Utara, 1 159 903, 1 110 693, 2 270 596
    25 Sulawesi Tengah, 1 350 844, 1 284 165, 2 635 009
    26 Sulawesi Selatan, 3 924 431, 4 110 345, 8 034 776
    27 Sulawesi Tenggara, 1 121 826, 1 110 760, 2 232 586
    28 Gorontalo, 521 914, 518 250, 1 040 164
    29 Sulawesi Barat, 581 526, 577 125, 1 158 651
    30 Maluku, 775 477, 758 029, 1 533 506
    31 Maluku Utara, 531 393, 506 694, 1 038 087
    32 Papua Barat, 402 398, 358 024, 760 422
    33 Papua, 1 505 883, 1 327 498, 2 833 381
    TOTAL, 119 630 913, 118 010 413, 237 641 326
    Sex Ratio Indonesia (menurut BPS) beginilah data yang saya dapat:
    – Tahun 1971 = 97.18 pria : 100 wanita
    – Tahun 1980 = 99.82 pria : 100 wanita
    – Tahun 1990 = 99.45 pria : 100 wanita
    – Tahun 1995 = 99.09 pria : 100 wanita
    – Tahun 2000 = 100.6 pria : 100 wanita
    – Tahun 2010 = 101,01 pria : 100 wanita
    Bisa dilihat, ternyata tren sex ratio semakin meningkat, dalam arti dari tahun ke tahun jumlah pria semakin melebihi wanita

    Poligami????? Anehh…

    • elfioemar mengatakan:

      Kalau kita dipihak tidak mampu untuk poligami, jangan benci orang yang berpoligami dan sebaliknya…!
      POLIGAMI DILEGALKAN OLEH ALLAH SWT, dengan syarat VISI, MISI DAN KOMISINYA mesti seimbang…kalau tidak mampu siapa yang nyuruh poligami…? kapan perlu hidup tanpa istri…

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s